Assalamuálaikum wa Rahmatullah,
Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Repositori Digital Musleh kini telah beroperasi sepenuhnya di hub.musleh.edu.my.
Repositori ini merupakan pusat simpanan digital rasmi yang mengumpulkan pelbagai dokumen, silibus, bahan media, dan arkib penting Musleh di satu tempat yang selamat. Ia direka untuk memudahkan capaian maklumat secara pantas menggunakan ekosistem Google Workspace.
Demi keselamatan data, akses kepada repositori ini adalah terhad kepada pengguna yang berdaftar sahaja. Sekiranya anda pengguna baru (termasuk pengguna akaun Gmail peribadi), sila ikuti langkah berikut:
Daftar Emel: Hantarkan permohonan akses dengan memberikan alamat emel anda kepada syahida@musleh.edu.my.
Kelulusan Admin: Pihak admin akan menyemak permohonan anda.
Log Masuk: Setelah mendapat pengesahan, anda boleh melayari repositori di: 👉 hub.musleh.edu.my
Sila berhubung dengan Nurul Syahida Sulaiman di talian 019-645 8597 jika ada pertanyaan.